Thursday, 30 April 2009

Selamat Pengantin Baru



Majlis kahwin abad ini.
Nak jadi super man dan super women
Ketentuan illahi
Manusia hanya merancang
Tuhan yang menentukan.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Abangah yang akan melangsungkan perkahwinan di Kuantan pada hari esok. Kami sekeluarga mendoakan semuga bahagia kekal hingga ke anak cucu.
Jangan tiru aksi diatas, kononya nak buat kelainan, akhirnya melepas malam pertama haruu beb...........................

Esok Hari Pekerja


Selamat bercuti kepada semua pekerja sempena Hari Pekerja pada hari esok. Cuti ini bolehlah bawa keluarga jalan jalan makan angin ke tempat peranginan.
Isteri aku pun mogok tak mahu masak esok hari kerana semua orang bercuti dia pun nak cuti juga dan terpaksalah bawa keluarga makan kat luar.

Isteri Taib Mahmub meninggal dunia


Isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib meninggal dunia di kediaman rasmi di Demak Laut, Kuching jam 3.45 petang semalam.

Laila, 68, meninggalkan suami, empat orang anak, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, dan 15 cucu.

Laila, kelahiran Poland, dan Taib, berkahwin di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959 ketika Taib sedang mengikuti pengajian untuk ijazah undang-undang. Laila tiba di Sarawak pada 1962. Nama remajanya ialah Lejla Chaleck.

Wednesday, 29 April 2009

Awas jangan kentut sembarangan

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay.
Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut. Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut.
Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki.
Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka."Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa."A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.
Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja. "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.
"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu."A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.
Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.
"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu."Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.
Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu.
Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.
Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

Wanita yang dimurkai Allah

Wanita Yg Dimurkai Oleh Alllah
1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) dikalangan lelaki.
2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

3.Kemudian Nabi s.a.w bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.

6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan org) serta berdusta.

10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Kerajaan tolong orang melayu?

DPMM saman Menteri Besar Johor RM322j
JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor, semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sejumlah RM322 juta terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa gagal menyerahkan sebuah projek di sepanjang Pantai Lido, yang dijanjikan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 tahun lalu.

Saman yang dibuat di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Unit Perancang Ekonomi (Upen) negeri sebagai defendan. Menerusi saman itu, DPMM Johor menuntut RM322 juta sebagai ganti rugi am bagi pembangunan Pantai Lido.

Yang Dipertua DPMM Johor, Syed Ali Al-Attas, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Hue Siew Kheng, mendakwa pihaknya menanggung kerugian wang dan maruah selepas hak eksklusif projek yang diberikan kepada mereka bagi pembangunan pantai itu ditarik lebih 16 tahun lalu. Syed Ali berkata, menerusi hak eksklusif berkenaan, DPMM Johor diberikan kelulusan membangunkan kawasan tanah seluas 26.46 hektar membabitkan Lot PTB 20114 di Pantai Lido pada 1993.

Syed Ali berkata, pada Oktober 1999, DPMM Johor kemudian mendapat tahu sebuah syarikat, Optima Bestari Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada Julai tahun sama, akan membangunkan kawasan Pantai Lido, menerusi satu keratan akhbar yang dikemukakan di mahkamah.
Katanya, pada 1 Jun 2004, defendan, UPEN Negeri kemudian menyerahkan satu surat kepada DPMM Johor yang membatalkan hak eksklusif projek itu. - sumber dari Berita Harian.

Kalau kerajaan BN ikhlas nak tolong orang melayu, sudah ramai jutawan melayu dilahirkan di negara kita kerana pucuk pimpinan/PM BN orang melayu, menteri kabinet ramai melayu dari kaum lain, jawatan atasan hampir semua dimonopoli oleh orang melayu dan pembuat keputusan sesuatu projek juga orang melayu.
Mengapa kaum lain yang lebih kaya dari orang melayu di negara kita? Sepatutnya pemimpin UMNO perlu rasa malu kerana mereka sebuk pentingkan poket sendiri dan rasuah, kaum melayu sendiri yang terabai.

Bila nak selesai?

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.
Orang politik bertikaian, rakyat yang jadi susah, manakala Sultan Perak berdiam diri.
Mengapa tak diselesaikan oleh Sultan saja kerana Sultan Perak kan bekas hakim yang adil tentu mahir dalam undang undang dan diharapkan Sultan Perak prihatin terhadap rakyatnya dan adil dalam membuat keputusan.

Kebesaran Allah - Ayat kursi

ASSALAMMUALAIKUM
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

"Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

"Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasukirumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika andaberpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyangFardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidakmenegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapamembacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atasrumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT..."

Allahu Akbar ! Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka...
Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... tapi limpahan kurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...

Subhanallah ! Alhamdulillah....kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di hidupmu dan posisi kewanganmu akan bertambah dan buktinya dalam 12 jam kamu harus percaya akan keajaiban bulan ini
AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMUMENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK.

Tuesday, 28 April 2009

Lawak pagi hari

Kiriman dari seorang teman

PANCUT
Ayg: bang, goncang sikit2 dah la. nanti terpancut!
Abg: pancut bru best
Ayg: dahla, nanti habis basah
Abg: takpe, abang try bukak pelan2.
Ayg: nanti habis melekit
Abg: syg jgn bimbang, air coca-cola je ni.

KENTUT
org Amerika kentut cakap EXCUSE ME
org British kentut cakap PARDON ME
org Singapore kentut cakap FORGIVE ME
org kita kentut cakap NOT ME! NOT ME!

CONDOM vs KOTEX
Condom: Bullshit u! every month u stop my business for 1 week! Damn!
Kotex: Aaaaahhhhh!! if u make 1 single mistake, i'll lose my business for9 months!

SABAH
pergi sabah naik basikal,
naik basikal pergi ke sabah,
ade ke munasabah & masuk akal,
nak pergi sabah naik basikal?memang tak masuk akal! thoing!

WARNING!!
children playing outside the carcan cause accident.
adult playing inside the carcan cause children!

SETEM
pos malaysia akan mengeluarkan setemgambar KEMALUAN lelaki.
ini mengelirukankaum wanita, bahagian mana yg perlu dijilatdepan ke belakang?

4 KEISTIMEWAAN WANITA
1-berdarah tiap2 bulan tapi tak mati2
2-hidang susu fresh tanpa pergi kekedai
3-mengeraskan hot dog tanpa peti sejuk
4-ditikam bertubi2 tapi tak mati2

SWEET
a lollipop said to a chocolate 'Damn we're sooo sweeeet!'the chocolate replied 'Sweet? u should see the person whosend this message. fuh, lagi sweet!' Fewiiiiiiiiiittttttttttttttttt

Monday, 27 April 2009

Upin & Ipin ke antarabangsa


Kutipan filem animasi Geng: Pengembaraan bermula berjaya mengutip RM 6.3 juta, ini menandakan rakyat tempatan juga boleh berjaya menghasilkan filem animasi hampir setaraf filem animasi keluaran luar negara.
Dengar cerita filem kedua akan kepasaran luar negara dengan teknologi stereo 3D yang lebih hebat menelan belanja hampir RM 6 juta diharap akan lebih berjaya lagi.
Syok juga bawa anak anak tengok cerita upin & ipin, dah tengok 2 kali pun masih sebuk ajak tengok lagi, dah lah nak keluar ke bandar jauh, hai kopak duit aku.........

Selesema babi?

Ada juga penyakit dari Mexico yang bernama selesema babi, ingat penyakit sawan babi aje.
Kalau penyakit yang bersangkut paut dengan babi sure bahaya punya.
Hati hati orang Kelantan khasnya Gua Musang sebab disana banyak babi.

Fendi, nampak gayanya kerja kau halau babi aje laa jangan sampai babi masuk ladang dan hati hati kau kena pakai "mask /goggles", takut babi bersin nanti jangkit kat kau pulak he he he.

Alahai Pegawai kerajaan

Saravanan 'tangkap' doktor HKL tak rawat pesakit

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, hari ini "menangkap" dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.
Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.
"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi. - sumber Berita Harian

Tahniah kepada menteri yang berkenaan, bukan sahaja doktor yang perlu diberi perhatian, semua pegawai badan badan kerajaan yang lain pun perlu di spot check oleh atasan dan pak pak menteri sebab tahap kerja mereka masih tak berubah, cukup jauh berbeza jika dibandingkan dengan pegawai pegawai swasta.

Saturday, 25 April 2009

Mencari hartanah?

Nak beli tapak rumah atau dengan rumah model terkini sila hubungi En. Kamal di talian KPMNJ atau lawati laman web http://www.melayujohor.com/.

Melayu digalakkan membeli kerana kedudukan yang bersuasana kampung, berhampiran masjid dan sekolah serta tidak jauh dari airport dan bandar Johor Bahru.

p/s - beli rumah tanya Kamal, nak beli kek lapis Sarawak?
Lu belilah sendiri kah kah kah

Kambing, Kooperasi dan .........................



Tahniah kepada KPMNJ kerana berjaya menternak kambing di Ladang milik salah satu anak syarikat kooperasi di Kahang yang secara tidak langsung dapat lagi menjana ekonomi ahli ahli kooperasi.

Semuga penternakan kambing tersebut dapat menjadikan KPMNJ salah satu syarikat pengeluar daging kambing segar untuk pasaran negeri Johor khasnya atau Malaysia amnya disebabkan negara kita kekurangan bekalan daging sehingga terpaksa mengimpot daging kambing dari negara luar.

Pesanan buat En. Daud - biar kambing selalu di depan kamu, jadi orang akan kata kambing Daud, kalau kamu selalu duduk depan kambing, nanti orang panggil kamu Daud kambing pulak he he he .....................

Media asing nak jatuhkan Najib?

Rais: Ada komplot mahu jatuhkan Najib
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".
Rais diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa terdapat usaha media asing yang bersatu dan berterusan menggambarkan impak negatif terhadap Najib sebagai perdana menteri baru Malaysia.
Cabar Zahid berdebat
Menurut Rais, Najib telah dikaitkan dengan isu "undang-undang" kononnya boleh mencemarkan nama baik beliau oleh beberapa pihak termasuk pemimpin PKR."Sedangkan dakwaan itu hanya kosong semata-mata oleh media sama ada di Eropah atau di Amerika Syarikat," katanya yang percaya dakwaan terhadap Najib itu akan berakhir begitu sahaja.
Apa yang diperkatakan oleh media asing sama seperti yang bermain difikiran rakyat Malaysia kerana tidak mahu PM dipandang hina di mata dunia dan sekiranya Najib rasa tidak bersalah, mengapa tak saman saja media media asing tersebut serta mengapa pihak membangkang buat laporan polis kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah, rakyat pun nak tahu cerita sebenar.

Gila kuasa

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh digesa supaya berdamai demi kepentingan parti dan rakyat Terengganu.Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan bagi mengakhiri kemelut politik di negeri itu sekarang.
Pergolakan politik di Terengganu itu berlarutan sejak kontroversi pelantikan menteri besar selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu.Ahmad dilantik sebagai menteri besar, menggantikan Idris walaupun beliau (Idris) disokong oleh Umno pusat.

Begitulah perangai kebanyakkan pemimpin umno, gila kuasa serta sering bertelagah sesama mereka, berebut kuasa demi mengaut hasil negara/negeri dan hak rakyat bukannya sebuk memikirkan kepentingan rakyat, kepentingan poket dan periuk nasi sendiri diutamakan dengan menghalalkan rasuah.
Idris Jusoh yang gilakan kuasa menyebabkan umno trengganu bergolak.

Friday, 24 April 2009

Sayang anak

Haiwan pun pandai sayang anak, sanggup begadai nyawa serta berkorban untuk menyelamatkan anak seperti di gambar sebelah tapi mengapa ada dikalangan manusia yang dianugerahkan Allah akal fikiran sanggup buang anak, khasnya bayi yang baru dilahirkan.


Renung renungkan lah .........

Ayat Quran dipersenda


PENTING . ..tolong sebarkan. Moga Allah yang balas jasa baik.....
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran ...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR .................. Perhatian Kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay "(Terus reject) Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua.... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan sel id ikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran.......sebenar ayat Bible.

Ekonomi meleset


PM kita kata ekonomi Malaysia tak terjejas dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini.
Harap harap jangan sampai ketahap macam ni sudahlah.
Parah beb ............

Thursday, 23 April 2009

Gobind saman Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan Malaysia kerana menggantung beliau selama setahun daripada menghadiri persidangan. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, dan Setiausaha Dewan Rakyat. - sumber Berita Harian
Apabila mahkamah sudah campur tangan hal Parlimen dan Dewan Rakyat jadi pengantungan ahli dewan oleh speaker tak bermakna lagi, itupun kalau speaker pembangkang, mungkin speaker BN mahkamah benarkan agaknya.

Kita tunggu apa tindakan mahkamah nanti.

Alahai Umno

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.
Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu. "Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.
"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.
Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.
- sumber dari Berita Harian

Memang para pemimpin Umno tak tahu malu, kalau dah salah masih tak mahu mengaku dan buat bodoh ajee sebab sayangkan jawatan menteri dan tidak akan meletak jawatan termasuk Ali Rustam.
Bila Fairus letak jawatan kerana terlibat rasuah mereka kata PKR mengada ngada dan mencari publisiti sedangkan kerana rasa malu dan bertanggungjawablah membuat beliau meletak jawatan, tapi pemimpin Umno tak mungkin berbuat demikian kerana mereka masih ingat rakyat tidak cerdik dan buat bodoh macam dulu dulu.

Masuk af


Alahai mamat ni..................
dah tua tua pun berangan nak masuk af
sedar lah diri sikit
kubur dah kata mari
rumah dah kata pergi

tapi kalau astro ambik mamat ni
camane yek
he he he ...............

Teroka Pertiwi

Apa cerita terbaru Ladang Teroka Pertiwi dan alangkah baiknya sekiranya KPMNJ yang menguruskan sendiri ladang tersebut dari menyewakan kepada syarikat lain. Untuk projek jangkamasa panjang ladang kelapa sawit amat menguntungkan serta banyak memberi faedah kepada ahli ahli kooperasi.
Semuga Lembaga Pengarah KPMNJ dapat memikirkan serta melakukan sesuatu terhadap ladang tersebut demi kebaikkan ahli dengan harapan Ladang Teroka Pertiwi tidak menjadi ladang teroka babi.

Permit akhbar ditarik balik?

Mengapa KDN masih merampas penjualan akhbar akhbar Keadilan dan Harakah serta
mengugut pengedar pengedar dan jurujual akhbar berkenaan sedangkan Perdana Menteri telah menarik balik pengantungan permit akhbar akhbar berkenaan.

PM baru berhasrat memberi kebebasan kepada semua akhbar samaada milik kerajaan atau pehak pembangkang serta telus dalam menyiarkan berita semasa supaya rakyat dapat menilai dalam penyiaran sesuatu berita, tetapi mengapa KDN
bertindak sedemikian rupa atau Najib hanya sekadar menyedapkan hati rakyat supaya dipandang baik sebagaimana janji beliau terhadap peruntukkan untuk surau dan masjid di Permatang Pauh dulu.

Sepah


Tiga pemuda dari johor yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah serta telah menjuarai Raja Lawak Astro musim ke 3 memang berbakat dan pehak Astro perlu menengahkan bakat mereka sebagaimana TV3 menjadikan kumpulan Senario selaku pelawak nombor 1 di Malaysia.

Tidak berlebihan jika dikatakan Sepah mampu menggantikan Senario kerana mereka mempunyai pakej selaku pelawak disamping berkebolehan menyanyi di pentas. Pihak Astro disaran menengahkan Sepah sebagaiman TV3 menampilkan Senario yangmana disamping berlawak, lahirkan album lagu lagu jenaka versi Sepah.

Diharap Sepah dapat menghiburkan penonton Malaysia dengan lawak yang bersahaja kerana para penonton sudah muak dengan lawak bodoh yang banyak di paparkan sekarang di television atau di pawagam.


Wednesday, 22 April 2009

Harapan

Pembawa harapan keluarga untuk masa hadapan.
Semuga kalian semua berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Pengarah GLC

Ahmad Said lantik pemandu ambulan dan guru jadi pengarah GLC?
Layak kah mereka semua tu atau saja saja nak letak kroni bagi mengambil hati mereka ataupun ada udang sebalik batu.

Bila lah pemimpin BN nak berubah dan sampai bila rakyat akan di perbodohkan terus dengan gaya pimpinan yang mementingkan kroni serta periuk nasi sendiri.

Mungkin pemimpin BN semua masih berfikiran rakyat senang ditipu, tapi meraka lupa bahawa rakyat semakin cerdik dan tahu menilai baik buruknya pimpinan kerajaan, lambat laun BN akan kecundang dengan cara pemikiran politik yang sedemikian.

BN, berubah lah.

Nak lelong Camry?


IPOH: Kerajaan Perak akan melelong semua 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
- sumber dari Berita Harian

Kerajaan BN masih mengamalkan pembaziran, asyik nak menghabiskan wang rakyat sahaja, kereta masih baru pun dilelong.
Memang patut lah rakyat terus meluat dan menolak pemimpin BN.

Tuesday, 21 April 2009

Minah rempit


Kecik kecik lagi dah asyik bertenggek siang malam kat motor, harap harap dah besar nanti tak jadi minah rempit.
Sayang sokmo .............

Monday, 20 April 2009

Sawah Dato' dalam kenangan

Habis belajar merantau bekerja pindah sana pindah sini hingga pulang kampong pun sekali sekala aje, bila bersendirian teringat juga zaman persekolahan dulu.
Mana rakan rakan seperjuangan sewaktu sekolah rendah dulu geng Kg Makam, Tanjong Genting, Sawah Dato' dan lain lain.
Berbanyak terima kasih pada cikgu Maimunah Kassim yang banyak membantu, terima kasih cikgu bantuan cikgu dikenang sepanjang hayat.

Mana menantu Pak Lah

Sejak Najib mengumumkan barisan kabinetnya dan nama Khairy menantu kesayangan Pak Lah tidak tersenarai, barisan pemuda umno seolah diam membisu tatkala pertama kali dalam sejarah ketua pemuda tidak menjadi menteri dalam kerajaan bn.

Apa cerita Khairy sekarang?

Af 7


Af 7 berseri dengan kehadiran komen dari para pengkritik khasnya Adlin Aman Ramli yang amat jujur dalam memberi kririkan. Banyak kritikannya yang membena dan perlu diambil berat oleh peserta dan tenaga pengajar demi untuk mentransformasikan af serta melahirkan pelajar yang bakal bergelar artis serba boleh.

Rasanya transformasi yang hendak disampaikan tidak kesampaian dengan fesyen pakaian pelajar khasnya pelajar wanita yang setiap minggu asyik memakai skirt dan kasut bertumit tinggi. Ketrampilan fesyen pelajar setiap minggu tiada perubahan jika dibandingkan dengan fesyen yang ditampilkan oleh para pelajar af pada tahun sebelumnya.

Saturday, 18 April 2009

Haa ......... accident

Laa......................
yang kau cium bontot kereta orang tuu apasal
kan tak pasal pasal dah kena ganti
nasib baik kau langgar waja......
kalau kereta aku nahas kau nak repair

insyaallah kita jumpa kat Kuantan nanti
kirim salam pada keluarga semua

UMNO/BN berubahlah........

Umno berubahlah kerana masih ramai yang sayangkan umno khasnya para pengundi atas pagar yang senantiasa melihat perkembangan politik semasa kerajaan BN.
1. Bersihkan lah parti dari pemimpin yang mengamalkan rasuah serta mementingkan kroni.
2. Bebaskan lah badan badan kerajaan khasnya polis, sprm dan mahkamah biar dilihat telus
dalam mentadbir undang undang negara.
3. Bebaskan media dari kongkongan kerajaan biar dilihat adil dalam mengeluarkan berita
semasa serta beri peluang sama adil kepada semua peringkat untuk bersuara tanpa sekatan.
4. Berlaku adil kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira parti supaya rakyat melihat
kerajaan tidak berat sebelah, ini akan membuat rakyat beralih sokongan kepada kerajaan bn.
5. Mendengar segala pandangan anak muda serta memberi peluang kepada mereka
mengeluarkan pendapat untuk segala bidang seperti politik, ekonomi dan sebagainya.
6. Utamakan keperluan rakyat tanpa mengira kaum dan parti.

Berubahlah, jangan sampai PRU akan datang rakyat akan berubah sokongan.

Polis marine Malaysia

Berita TV indonesia pagi ini melaporkan polis marine Malaysia memukul 6 nelayan Indonesia kerana didapati memasuki perairan Malaysia. 6 nelayan tersebut mendakwa mereka ditumbuk, dicucuh api rokok serta ditendang.
Kalau betul apa yang mereka dakwa, ini amat memalukan nama angkatan polis malaysia serta kerajaan Malaysia dimata jiran. Janganlah mudah melakukan kekerasan kepada pehak luar, biarlah orang memandang hormat dengan negara kita.
Sekiranya pendekatan begitu sering berlaku, akan menyusahkan rakyat kita di negara jiran kelak.

Friday, 17 April 2009

Nabil juara

Tahniah Nabil
Sememangnya anda layak bergelar juara.

Fairus letak jawatan

Apabila Fairus letak jawatan mengapa puak puak umno bising, kononnya pkr cuba mencari populiriti apabila prk diadakan, sepatutnya mereka merasa malu apabila pemimpin pembangkang merasa diri mereka bersalah, atas nasehat atasan terus meletak jawatan bukan seperti pemimpin umno yang tetap mempertahankan jawatan (mengakkan benang yang basah) walaupun telah didapati bersalah.
Berubahlah wahai umno jika terus mahukan sokongan rakyat.

MPV - proton


Cantik juga MPV Proton ni, mahal ke?

Badan kerajaan

Kakitangan kerajaan hendaklah berlaku adil dengan semua lapisan masyarakat khasnya polis, sprm dan mahkamah. Gaji tuan/puan dibayar oleh pembayar cukai dan hasil cukai yang diperolehi oleh negara kita.
Memang lah tuan/puan semua berkerja dibawah kerajaan BN, tapi ingatlah bukan hanya orang BN saja yang membayar cukai dan seluruh rakyat Malaysia khasnya pembayar cukai bukan semuanya menyokong tindak tanduk kerajaan BN.
Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang kerana seluruh rakyat semakin cerdik dalam memerhatikan serta menilai gerak kerja penjawat awam.

kpmnj

berapa persen dividen tahun ini
semuga kpmnj terus berdaya saing
dan dapat membantu ahli ahlinya
walaupun menghadapi situasi ekonomi yang tak menentu
kita kena berbalik kepada asal
berbudi kepada tanah dalam jangkamasa panjang
amat menguntungkan ahli ahli
buka ladang kelapa sawit yangbaru
telah terbukti berbudi pada tanah
akan membuahkan hasil yang lumayan

Saturday, 11 April 2009

ISU ISU DISARAWAK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Gelombang penyokong parti parti pembangkang di Sarawak semakin dirasakan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung dan kerajaan Sarawak khasnya perlu lakukan sesuatu keatas beberapa isu yang dibangkitkan bagi mengukuhkan kelanjutan pemerintahan serta mengalih sokongan penyokong pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Pihak kerajaan mesti bersungguh sungguh dalam memberikan status tanah kepada rakyat Sarawak serta menghapuskan NCR yangmana penduduk diluar bandar masih tidak mempunyai status tanah yang membolehkan mereka tanpa rasa ragu ragu mendirikan rumah kediaman serta menjalankan aktiviti harian seperti bercucuk tanam, menternak dan lain lain lagi.

Masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan, ini amat menyusahkan mereka atau anak anak meraka berurusan dengan kerajaan, bersekolah serta memohon pekerjaan. Kerajaan sepatutnya memberi kelonggaran serta dipermudahkan kepada penduduk bagi memohon sijil beranak atau kad pengenalan dengan memberi kuasa kepada ketua ketua kampong atau ketua rumah panjang menentukan status penduduk kerana mereka lebih mengetahui kedudukan anak buah mereka.

Kemudahan untuk rakyat perlu dipertingkatkan seperti kemudahan jalan jalan raya, bekalan tenaga eletrik serta bekalan air bersih yang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakt di bandar.

Sekiranya tiga perkara asas seperti diatas dapat diselesaikan, amat sukar bagi pihak pihak luar atau parti pembangkang menarik sokongan dari rakyat Sarawak.

Bebaskah badan badan kerajaan

Najib sepatutnya memberi kebebasan kepada badan badan kerajaan khasnya Polis, SPRM dan mahkamah demi membersihkan dari prasangka buruk rakyat terhadap badan badan kerajaan tersebut.
Umno dan parti pemerintah yang lain tidak seharusnya menggunakan pengaruh dan kuasa mereka untuk membolehkan mereka kebal dari sisi undang undang serta memberi keyakinan kepada rakyat agar badan badan kerajaan bergerak bebas tanpa mengira status seseorang atau parti kerajaan atau pihak pembangkang.
Sesiapa yang disiasat dan didapati bersalah sila bawa ketengah (mahkamah) untuk diadili demi menyakinkan rakyat terhadap kedaulatan undang undang negara kita serta badan badan kerajaan hendaklah bertindak bijak tanpa rasa dikokong oleh parti pemerintah.

KABINET NAJIB

Benarkah ahli ahli parlimen yang menyertai Najib dilihat bersih dihati rakyat Malaysia dan bagaimana dengan para penyokong Kairy? Bagi saya amat memalukan apabila menjadi sejarah seorang ketua pemuda tidak terpilih menganggotai kabinet Najib. Kemana arah tuju Kairy selepas ini atau mungkin Najib dalam diam menjanjikan sesuatu buat beliau.