Thursday, 18 June 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. sumber- Malaysiakini

Hairan betul, bukti tak ada tapi masih nak dakwa Anwar ke mahkamah.
Undang undang dan Mahkamah Malaysia diketawakan orang aje laa.
Atau mungkin Anwar punya kecil sangat kot sampai tiada kesan tusukan he he he....................

Sudirman terima anugerah datuk

Allahyarham Sudirman dianugerah gelaran Datuk

PEKAN: Buat pertama kali, penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Datuk Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada istiadat pengurniaan Pingat Negeri sempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia 20 tahun lalu, diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad bagi menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Selain itu, seramai 188 orang menerima darjah dan pingat sempena memuliakan ulang tahun ke-78 Sultan Ahmad Shah.

Orang yang dah mati kasi pangkat Datuk bukan boleh buat ape pun, pangkat Datuk bukan menjamin masuk syurga, lebih baik bagi kat aku ajee he he he ..................

Jambatan ke tiga

Sultan Johor tidak setuju bina jambatan ketiga

NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Puak Umno mesti marah dengan Sultan Johor, kalau Sultan Perak sure no problem punya, apa Umno cakap semua dia ikut.