Wednesday, 29 April 2009

Kerajaan tolong orang melayu?

DPMM saman Menteri Besar Johor RM322j
JOHOR BAHRU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor, semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi sejumlah RM322 juta terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa gagal menyerahkan sebuah projek di sepanjang Pantai Lido, yang dijanjikan ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 tahun lalu.

Saman yang dibuat di Mahkamah Tinggi di sini, turut menamakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri serta Unit Perancang Ekonomi (Upen) negeri sebagai defendan. Menerusi saman itu, DPMM Johor menuntut RM322 juta sebagai ganti rugi am bagi pembangunan Pantai Lido.

Yang Dipertua DPMM Johor, Syed Ali Al-Attas, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim, Datuk Hue Siew Kheng, mendakwa pihaknya menanggung kerugian wang dan maruah selepas hak eksklusif projek yang diberikan kepada mereka bagi pembangunan pantai itu ditarik lebih 16 tahun lalu. Syed Ali berkata, menerusi hak eksklusif berkenaan, DPMM Johor diberikan kelulusan membangunkan kawasan tanah seluas 26.46 hektar membabitkan Lot PTB 20114 di Pantai Lido pada 1993.

Syed Ali berkata, pada Oktober 1999, DPMM Johor kemudian mendapat tahu sebuah syarikat, Optima Bestari Sdn Bhd, yang ditubuhkan pada Julai tahun sama, akan membangunkan kawasan Pantai Lido, menerusi satu keratan akhbar yang dikemukakan di mahkamah.
Katanya, pada 1 Jun 2004, defendan, UPEN Negeri kemudian menyerahkan satu surat kepada DPMM Johor yang membatalkan hak eksklusif projek itu. - sumber dari Berita Harian.

Kalau kerajaan BN ikhlas nak tolong orang melayu, sudah ramai jutawan melayu dilahirkan di negara kita kerana pucuk pimpinan/PM BN orang melayu, menteri kabinet ramai melayu dari kaum lain, jawatan atasan hampir semua dimonopoli oleh orang melayu dan pembuat keputusan sesuatu projek juga orang melayu.
Mengapa kaum lain yang lebih kaya dari orang melayu di negara kita? Sepatutnya pemimpin UMNO perlu rasa malu kerana mereka sebuk pentingkan poket sendiri dan rasuah, kaum melayu sendiri yang terabai.

No comments: