
Tiga pemuda dari johor yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah serta telah menjuarai Raja Lawak Astro musim ke 3 memang berbakat dan pehak Astro perlu menengahkan bakat mereka sebagaimana TV3 menjadikan kumpulan Senario selaku pelawak nombor 1 di Malaysia.
Tidak berlebihan jika dikatakan Sepah mampu menggantikan Senario kerana mereka mempunyai pakej selaku pelawak disamping berkebolehan menyanyi di pentas. Pihak Astro disaran menengahkan Sepah sebagaiman TV3 menampilkan Senario yangmana disamping berlawak, lahirkan album lagu lagu jenaka versi Sepah.
Diharap Sepah dapat menghiburkan penonton Malaysia dengan lawak yang bersahaja kerana para penonton sudah muak dengan lawak bodoh yang banyak di paparkan sekarang di television atau di pawagam.
No comments:
Post a Comment