Saturday, 11 April 2009

ISU ISU DISARAWAK YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

Gelombang penyokong parti parti pembangkang di Sarawak semakin dirasakan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung dan kerajaan Sarawak khasnya perlu lakukan sesuatu keatas beberapa isu yang dibangkitkan bagi mengukuhkan kelanjutan pemerintahan serta mengalih sokongan penyokong pembangkang pada pilihan raya akan datang.

Pihak kerajaan mesti bersungguh sungguh dalam memberikan status tanah kepada rakyat Sarawak serta menghapuskan NCR yangmana penduduk diluar bandar masih tidak mempunyai status tanah yang membolehkan mereka tanpa rasa ragu ragu mendirikan rumah kediaman serta menjalankan aktiviti harian seperti bercucuk tanam, menternak dan lain lain lagi.

Masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan, ini amat menyusahkan mereka atau anak anak meraka berurusan dengan kerajaan, bersekolah serta memohon pekerjaan. Kerajaan sepatutnya memberi kelonggaran serta dipermudahkan kepada penduduk bagi memohon sijil beranak atau kad pengenalan dengan memberi kuasa kepada ketua ketua kampong atau ketua rumah panjang menentukan status penduduk kerana mereka lebih mengetahui kedudukan anak buah mereka.

Kemudahan untuk rakyat perlu dipertingkatkan seperti kemudahan jalan jalan raya, bekalan tenaga eletrik serta bekalan air bersih yang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakt di bandar.

Sekiranya tiga perkara asas seperti diatas dapat diselesaikan, amat sukar bagi pihak pihak luar atau parti pembangkang menarik sokongan dari rakyat Sarawak.

1 comment:

Anonymous said...

rakyat dah tak percaya dengan kerajaan bn lagi
pemimpinnya makin kaya
rakyat menderita