Thursday, 23 April 2009

Gobind saman Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Speaker Dewan Rakyat dan Kerajaan Malaysia kerana menggantung beliau selama setahun daripada menghadiri persidangan. Turut dinamakan sebagai defendan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, dan Setiausaha Dewan Rakyat. - sumber Berita Harian
Apabila mahkamah sudah campur tangan hal Parlimen dan Dewan Rakyat jadi pengantungan ahli dewan oleh speaker tak bermakna lagi, itupun kalau speaker pembangkang, mungkin speaker BN mahkamah benarkan agaknya.

Kita tunggu apa tindakan mahkamah nanti.

Alahai Umno

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.
Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu. "Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.
"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.
Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.
- sumber dari Berita Harian

Memang para pemimpin Umno tak tahu malu, kalau dah salah masih tak mahu mengaku dan buat bodoh ajee sebab sayangkan jawatan menteri dan tidak akan meletak jawatan termasuk Ali Rustam.
Bila Fairus letak jawatan kerana terlibat rasuah mereka kata PKR mengada ngada dan mencari publisiti sedangkan kerana rasa malu dan bertanggungjawablah membuat beliau meletak jawatan, tapi pemimpin Umno tak mungkin berbuat demikian kerana mereka masih ingat rakyat tidak cerdik dan buat bodoh macam dulu dulu.

Masuk af


Alahai mamat ni..................
dah tua tua pun berangan nak masuk af
sedar lah diri sikit
kubur dah kata mari
rumah dah kata pergi

tapi kalau astro ambik mamat ni
camane yek
he he he ...............

Teroka Pertiwi

Apa cerita terbaru Ladang Teroka Pertiwi dan alangkah baiknya sekiranya KPMNJ yang menguruskan sendiri ladang tersebut dari menyewakan kepada syarikat lain. Untuk projek jangkamasa panjang ladang kelapa sawit amat menguntungkan serta banyak memberi faedah kepada ahli ahli kooperasi.
Semuga Lembaga Pengarah KPMNJ dapat memikirkan serta melakukan sesuatu terhadap ladang tersebut demi kebaikkan ahli dengan harapan Ladang Teroka Pertiwi tidak menjadi ladang teroka babi.

Permit akhbar ditarik balik?

Mengapa KDN masih merampas penjualan akhbar akhbar Keadilan dan Harakah serta
mengugut pengedar pengedar dan jurujual akhbar berkenaan sedangkan Perdana Menteri telah menarik balik pengantungan permit akhbar akhbar berkenaan.

PM baru berhasrat memberi kebebasan kepada semua akhbar samaada milik kerajaan atau pehak pembangkang serta telus dalam menyiarkan berita semasa supaya rakyat dapat menilai dalam penyiaran sesuatu berita, tetapi mengapa KDN
bertindak sedemikian rupa atau Najib hanya sekadar menyedapkan hati rakyat supaya dipandang baik sebagaimana janji beliau terhadap peruntukkan untuk surau dan masjid di Permatang Pauh dulu.

Sepah


Tiga pemuda dari johor yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah serta telah menjuarai Raja Lawak Astro musim ke 3 memang berbakat dan pehak Astro perlu menengahkan bakat mereka sebagaimana TV3 menjadikan kumpulan Senario selaku pelawak nombor 1 di Malaysia.

Tidak berlebihan jika dikatakan Sepah mampu menggantikan Senario kerana mereka mempunyai pakej selaku pelawak disamping berkebolehan menyanyi di pentas. Pihak Astro disaran menengahkan Sepah sebagaiman TV3 menampilkan Senario yangmana disamping berlawak, lahirkan album lagu lagu jenaka versi Sepah.

Diharap Sepah dapat menghiburkan penonton Malaysia dengan lawak yang bersahaja kerana para penonton sudah muak dengan lawak bodoh yang banyak di paparkan sekarang di television atau di pawagam.