Wednesday, 22 April 2009

Harapan

Pembawa harapan keluarga untuk masa hadapan.
Semuga kalian semua berjaya dan menjadi insan yang berguna.

Pengarah GLC

Ahmad Said lantik pemandu ambulan dan guru jadi pengarah GLC?
Layak kah mereka semua tu atau saja saja nak letak kroni bagi mengambil hati mereka ataupun ada udang sebalik batu.

Bila lah pemimpin BN nak berubah dan sampai bila rakyat akan di perbodohkan terus dengan gaya pimpinan yang mementingkan kroni serta periuk nasi sendiri.

Mungkin pemimpin BN semua masih berfikiran rakyat senang ditipu, tapi meraka lupa bahawa rakyat semakin cerdik dan tahu menilai baik buruknya pimpinan kerajaan, lambat laun BN akan kecundang dengan cara pemikiran politik yang sedemikian.

BN, berubah lah.

Nak lelong Camry?


IPOH: Kerajaan Perak akan melelong semua 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
- sumber dari Berita Harian

Kerajaan BN masih mengamalkan pembaziran, asyik nak menghabiskan wang rakyat sahaja, kereta masih baru pun dilelong.
Memang patut lah rakyat terus meluat dan menolak pemimpin BN.