Rais: Ada komplot mahu jatuhkan Najib
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".
Rais diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa terdapat usaha media asing yang bersatu dan berterusan menggambarkan impak negatif terhadap Najib sebagai perdana menteri baru Malaysia.
Cabar Zahid berdebat
Menurut Rais, Najib telah dikaitkan dengan isu "undang-undang" kononnya boleh mencemarkan nama baik beliau oleh beberapa pihak termasuk pemimpin PKR."Sedangkan dakwaan itu hanya kosong semata-mata oleh media sama ada di Eropah atau di Amerika Syarikat," katanya yang percaya dakwaan terhadap Najib itu akan berakhir begitu sahaja.
Apa yang diperkatakan oleh media asing sama seperti yang bermain difikiran rakyat Malaysia kerana tidak mahu PM dipandang hina di mata dunia dan sekiranya Najib rasa tidak bersalah, mengapa tak saman saja media media asing tersebut serta mengapa pihak membangkang buat laporan polis kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah, rakyat pun nak tahu cerita sebenar.