KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.
Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu. "Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.
"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.
Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.
- sumber dari Berita Harian
Memang para pemimpin Umno tak tahu malu, kalau dah salah masih tak mahu mengaku dan buat bodoh ajee sebab sayangkan jawatan menteri dan tidak akan meletak jawatan termasuk Ali Rustam.
Bila Fairus letak jawatan kerana terlibat rasuah mereka kata PKR mengada ngada dan mencari publisiti sedangkan kerana rasa malu dan bertanggungjawablah membuat beliau meletak jawatan, tapi pemimpin Umno tak mungkin berbuat demikian kerana mereka masih ingat rakyat tidak cerdik dan buat bodoh macam dulu dulu.
Thursday, 23 April 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment