Gelombang penyokong parti parti pembangkang di Sarawak semakin dirasakan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung dan kerajaan Sarawak khasnya perlu lakukan sesuatu keatas beberapa isu yang dibangkitkan bagi mengukuhkan kelanjutan pemerintahan serta mengalih sokongan penyokong pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Pihak kerajaan mesti bersungguh sungguh dalam memberikan status tanah kepada rakyat Sarawak serta menghapuskan NCR yangmana penduduk diluar bandar masih tidak mempunyai status tanah yang membolehkan mereka tanpa rasa ragu ragu mendirikan rumah kediaman serta menjalankan aktiviti harian seperti bercucuk tanam, menternak dan lain lain lagi.
Masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan, ini amat menyusahkan mereka atau anak anak meraka berurusan dengan kerajaan, bersekolah serta memohon pekerjaan. Kerajaan sepatutnya memberi kelonggaran serta dipermudahkan kepada penduduk bagi memohon sijil beranak atau kad pengenalan dengan memberi kuasa kepada ketua ketua kampong atau ketua rumah panjang menentukan status penduduk kerana mereka lebih mengetahui kedudukan anak buah mereka.
Kemudahan untuk rakyat perlu dipertingkatkan seperti kemudahan jalan jalan raya, bekalan tenaga eletrik serta bekalan air bersih yang masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan masyarakt di bandar.
Sekiranya tiga perkara asas seperti diatas dapat diselesaikan, amat sukar bagi pihak pihak luar atau parti pembangkang menarik sokongan dari rakyat Sarawak.
Saturday, 11 April 2009
Bebaskah badan badan kerajaan
Najib sepatutnya memberi kebebasan kepada badan badan kerajaan khasnya Polis, SPRM dan mahkamah demi membersihkan dari prasangka buruk rakyat terhadap badan badan kerajaan tersebut.
Umno dan parti pemerintah yang lain tidak seharusnya menggunakan pengaruh dan kuasa mereka untuk membolehkan mereka kebal dari sisi undang undang serta memberi keyakinan kepada rakyat agar badan badan kerajaan bergerak bebas tanpa mengira status seseorang atau parti kerajaan atau pihak pembangkang.
Sesiapa yang disiasat dan didapati bersalah sila bawa ketengah (mahkamah) untuk diadili demi menyakinkan rakyat terhadap kedaulatan undang undang negara kita serta badan badan kerajaan hendaklah bertindak bijak tanpa rasa dikokong oleh parti pemerintah.

KABINET NAJIB
Benarkah ahli ahli parlimen yang menyertai Najib dilihat bersih dihati rakyat Malaysia dan bagaimana dengan para penyokong Kairy? Bagi saya amat memalukan apabila menjadi sejarah seorang ketua pemuda tidak terpilih menganggotai kabinet Najib. Kemana arah tuju Kairy selepas ini atau mungkin Najib dalam diam menjanjikan sesuatu buat beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)