Thursday, 30 April 2009

Selamat Pengantin Baru



Majlis kahwin abad ini.
Nak jadi super man dan super women
Ketentuan illahi
Manusia hanya merancang
Tuhan yang menentukan.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Abangah yang akan melangsungkan perkahwinan di Kuantan pada hari esok. Kami sekeluarga mendoakan semuga bahagia kekal hingga ke anak cucu.
Jangan tiru aksi diatas, kononya nak buat kelainan, akhirnya melepas malam pertama haruu beb...........................

Esok Hari Pekerja


Selamat bercuti kepada semua pekerja sempena Hari Pekerja pada hari esok. Cuti ini bolehlah bawa keluarga jalan jalan makan angin ke tempat peranginan.
Isteri aku pun mogok tak mahu masak esok hari kerana semua orang bercuti dia pun nak cuti juga dan terpaksalah bawa keluarga makan kat luar.

Isteri Taib Mahmub meninggal dunia


Isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib meninggal dunia di kediaman rasmi di Demak Laut, Kuching jam 3.45 petang semalam.

Laila, 68, meninggalkan suami, empat orang anak, termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman, dan 15 cucu.

Laila, kelahiran Poland, dan Taib, berkahwin di Adelaide, Australia pada 13 Januari 1959 ketika Taib sedang mengikuti pengajian untuk ijazah undang-undang. Laila tiba di Sarawak pada 1962. Nama remajanya ialah Lejla Chaleck.