Wednesday, 29 April 2009

Bila nak selesai?

Saman Zambry-Nizar balik ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.
Orang politik bertikaian, rakyat yang jadi susah, manakala Sultan Perak berdiam diri.
Mengapa tak diselesaikan oleh Sultan saja kerana Sultan Perak kan bekas hakim yang adil tentu mahir dalam undang undang dan diharapkan Sultan Perak prihatin terhadap rakyatnya dan adil dalam membuat keputusan.

No comments: