Saravanan 'tangkap' doktor HKL tak rawat pesakitKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, hari ini "menangkap" dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, bukannya merawat lebih 20 pesakit yang menunggu dalam kesakitan untuk mendapat rawatan.
Penemuan yang memeranjatkan Saravanan itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ini apabila beliau pergi ke hospital berkenaan untuk melawat seorang pelajar universiti yang cedera selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu beliau.
"Saya juga menunggu seketika untuk pelajar perempuan itu mendapat rawatan dan setelah menyedari tidak seorang pun pesakit dipanggil masuk oleh doktor, saya terus membuka pintu bilik rawatan. Saya terkejut apabila mendapati seorang doktor sedang membaca surat khabar dan seorang lagi buat hal sendiri dan melakukan kerja peribadi. -
sumber Berita HarianTahniah kepada menteri yang berkenaan, bukan sahaja doktor yang perlu diberi perhatian, semua pegawai badan badan kerajaan yang lain pun perlu di spot check oleh atasan dan pak pak menteri sebab tahap kerja mereka masih tak berubah, cukup jauh berbeza jika dibandingkan dengan pegawai pegawai swasta.