Friday, 4 September 2009

Adun BN/Umno meninggal

Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan meninggal dunia

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia hari ini di Hospital Pakar Seremban pada jam 2.30 petang tadi.

Pilihanraya lagi laa ni negeri Khairy Jamaludin.
BN ada harapan menang lagi ke..............................

Monday, 27 July 2009

Usah mengeluh

Assalamualaikum……….

Ya Allah ! bukalah hikmahmu dan turunkan lah rahmat daripada khazanahmu itu kepada kami,
Ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang . amin..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Umno itu BN, BN itu Umno

Apa nak jadi dengan BN?
Semakin ramai bekas pemimpin parti komponen meninggalkan BN dan joint PKR, bekas pemimpin pemimpin kanan dari kalangan parti komponen juga sudah mula beralih arah, nanti yang tinggal hanya pemimpin yang masih leka bermimpi rakyat masih menyokong mereka dan pemimpin yang tak lekang dengan rasuah.
Umno selaku peneraju BN pun tak berubah, masih ramai politikus Umno masih syok sendiri, tak sedar diri dan sukar mengikis sikap menunjuk nunjuk dan bangga diri sedangkan mereka lupa rakyat lah yang mengangkat mereka menjadi pemimpin dan rakyat juga lah yang akan menjatuhkan pemimpin yang korup dan yang sudah tak relevan lagi dimata rakyat.
Berubah lah, jangan jadi seperti si raja katak Ibrahim Ali dan KJ yang muka tak malu dan tak sedar diri. (cermin mukaa laa oiiii .................)

Friday, 24 July 2009

Bacaan dalam sembahyang

Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Pesanan Imam Ghazali

PESANAN DARI IMAM AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kitaialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akanmati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASALALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWANAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling BERAT didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANGAMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekalididunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusandunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ! ini adalahLIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hatidan melukai perasaan saudaranya sendiri

Thursday, 18 June 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. sumber- Malaysiakini

Hairan betul, bukti tak ada tapi masih nak dakwa Anwar ke mahkamah.
Undang undang dan Mahkamah Malaysia diketawakan orang aje laa.
Atau mungkin Anwar punya kecil sangat kot sampai tiada kesan tusukan he he he....................

Sudirman terima anugerah datuk

Allahyarham Sudirman dianugerah gelaran Datuk

PEKAN: Buat pertama kali, penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Datuk Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada istiadat pengurniaan Pingat Negeri sempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia 20 tahun lalu, diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad bagi menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Selain itu, seramai 188 orang menerima darjah dan pingat sempena memuliakan ulang tahun ke-78 Sultan Ahmad Shah.

Orang yang dah mati kasi pangkat Datuk bukan boleh buat ape pun, pangkat Datuk bukan menjamin masuk syurga, lebih baik bagi kat aku ajee he he he ..................

Jambatan ke tiga

Sultan Johor tidak setuju bina jambatan ketiga

NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Puak Umno mesti marah dengan Sultan Johor, kalau Sultan Perak sure no problem punya, apa Umno cakap semua dia ikut.

Wednesday, 17 June 2009

Gila kuasa

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi. sumber - Malysiakini

Ciri ciri orang gila kuasa, bukannya ikhlas nak perjuangkan parti dan nasib rakyat, nak tengok dulu takut masuk PKR, kalau menang kat Perlis mesti nak jawatan agak agak PKR akan kalah mesti dia tak jadi masuk PKR.
Orang macam ni jangan terima jadi ahli, nanti perangai Umnonya tak akan berubah, kasi olang susah ajeee.....

Gang skodeng - gambar Saifool kena liwat








he he he kantoiiiii...............

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini. sumber - Berita Hairan
Ustaz Nasharuddin ni mungkin dah berangan dan tak sabar nak jadi menteri kot.
Suruh dia masuk Umno aje laa.............

Wednesday, 10 June 2009

Smile for you




Blog Pak Cha

Pak Cha
Orang kuat KPMNJ
Semuga KPMNJ bertambah maju dibawah pengurusan beliau
Banyak banyak laa buka bisness baru
Ladang baru tak mau buka lagi ke

Tahniah orang mersing
Merahnya baju mesti seorang pemberani
Mesti berani membawa pembaharuan

Blog Pak Cha tak update ke

Pas bekerjasama dengan Umno

Kalau Pas bekerjasama dengan Umno
Bulan tak akan terang lagi
Penyokong Pas akan mula tolak bulan
Beralih sokongan keparti lain selain Umno
Kenapa nak bekerjasama dengan Umno
Pemimpin atasan Pas mabuk kuasa ke?
Tak sabar nak jadi menteri kot
Alahai orang melayu Pas
Kutuk kutuk Umno pun masih nak bekerjasama
pelik betuii laa ............

Saturday, 23 May 2009

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru kepada Adlin Aman Ramli serta pasangannya.
Semuga berbahagia kekal hingga ke anak cucu.

Jangan terlalu mengharap

Penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu mengharap.
Memang perkara mustahil di negara kita undang undang dapat bergerak secara telus terutama Mahkamah, Polis, SPRM dan jabatan kerajaan yang lain selagi negara kita di perintah oleh BN/Umno.
Semuanya dari peringkat Istana hingga peringkat pegawai pegawai kerajaan, periuk nasi jadi keutamaan dan undang undang terletak di bawah tangan BN/Umno serta perlu dipatuhi, kalau tidak soru miss beb .................
Perjuangan perlu diteruskan
Zaman telah berubah dan segala kemungkinan boleh berlaku.
Terus berusaha dan kepada Allah kita berserah.

Aksi di pantai

Orang pompuan ni semua kalau tengok lain macam sikit terbeliak biji mata.


Tak semestinya apa yang anda lihat seperti yang di bayangkan he he he












Friday, 22 May 2009

Pilihanraya lagi


KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Pilihanraya lagi..........
Kerajaan patut menghadkan umur wakil rakyat
Yang dah tua tak payah laa lagi jadi wakil rakyat
Asyik sakit kemudian mati, buat pilihanraya
Menghabiskan duit rakyat aje, asyik buat pilihanraya

Monday, 11 May 2009

Tahniah Hakim Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, tahniah para hakim hakim yang bijaksana, jangan sampai lepas ni ada hakim yang kena berhentikan.
Orang Pakatan Rakyat jangan seronok sangat, nanti lain pulak kata hakim mahkamah rayuan.
Satu penangan buat Raja Perak manakala Najib dengan Zambry kata biar mahkamah yang tentukan, takkan nak duduk diam aje kot.
Kita tunggu apa adegan lagi di Perak selepas ini.
Dengar cerita bangunan SUK di Perak di kawal ketat oleh polis, kenapa jadi begitu Zambry dan exco Umno ketakutan ke? pergi laa cepat sorok sorok fail.

Lari bogel di Mersing

Rancangan TV Denmark buat program realiti 'naked race' kat salah satu pulau di Mersing.
Wow makin popular laa Mersing sebagai tempat pelancongan.
Mengapa kerajaan kita terlepas pandang perkara macam ni.

Kerajaan kita asyik sebuk cari kesalahan parti parti pembangkang hingga benda macam ni boleh berlaku di negara kita malu beb.

Tapi kalau mereka beritahu sudah tentu ramai orang Mersing atau mungkin dari Johor Bahru datang kot yee laa nak tengok orang Denmark lari bogel.

Kalau yang lari bogel kat Malaysia ni biasanya orang gila aje.