Wednesday, 17 June 2009

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini. sumber - Berita Hairan
Ustaz Nasharuddin ni mungkin dah berangan dan tak sabar nak jadi menteri kot.
Suruh dia masuk Umno aje laa.............

No comments: