Thursday, 18 June 2009

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad. sumber- Malaysiakini

Hairan betul, bukti tak ada tapi masih nak dakwa Anwar ke mahkamah.
Undang undang dan Mahkamah Malaysia diketawakan orang aje laa.
Atau mungkin Anwar punya kecil sangat kot sampai tiada kesan tusukan he he he....................

Sudirman terima anugerah datuk

Allahyarham Sudirman dianugerah gelaran Datuk

PEKAN: Buat pertama kali, penghibur tersohor tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Datuk Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) pada istiadat pengurniaan Pingat Negeri sempena Memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Allahyarham yang meninggal dunia 20 tahun lalu, diwakili kakaknya, Datin Rodziah Arshad bagi menerima anugerah berkenaan daripada Sultan Pahang dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar.

Selain itu, seramai 188 orang menerima darjah dan pingat sempena memuliakan ulang tahun ke-78 Sultan Ahmad Shah.

Orang yang dah mati kasi pangkat Datuk bukan boleh buat ape pun, pangkat Datuk bukan menjamin masuk syurga, lebih baik bagi kat aku ajee he he he ..................

Jambatan ke tiga

Sultan Johor tidak setuju bina jambatan ketiga

NUSAJAYA: Sultan Johor hari ini bertitah baginda tidak setuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan mesyuarat pertama, penggal kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, sebentar tadi.

"Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda.

Puak Umno mesti marah dengan Sultan Johor, kalau Sultan Perak sure no problem punya, apa Umno cakap semua dia ikut.

Wednesday, 17 June 2009

Gila kuasa

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi. sumber - Malysiakini

Ciri ciri orang gila kuasa, bukannya ikhlas nak perjuangkan parti dan nasib rakyat, nak tengok dulu takut masuk PKR, kalau menang kat Perlis mesti nak jawatan agak agak PKR akan kalah mesti dia tak jadi masuk PKR.
Orang macam ni jangan terima jadi ahli, nanti perangai Umnonya tak akan berubah, kasi olang susah ajeee.....

Gang skodeng - gambar Saifool kena liwat








he he he kantoiiiii...............

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.
"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini. sumber - Berita Hairan
Ustaz Nasharuddin ni mungkin dah berangan dan tak sabar nak jadi menteri kot.
Suruh dia masuk Umno aje laa.............

Wednesday, 10 June 2009

Smile for you




Blog Pak Cha

Pak Cha
Orang kuat KPMNJ
Semuga KPMNJ bertambah maju dibawah pengurusan beliau
Banyak banyak laa buka bisness baru
Ladang baru tak mau buka lagi ke

Tahniah orang mersing
Merahnya baju mesti seorang pemberani
Mesti berani membawa pembaharuan

Blog Pak Cha tak update ke

Pas bekerjasama dengan Umno

Kalau Pas bekerjasama dengan Umno
Bulan tak akan terang lagi
Penyokong Pas akan mula tolak bulan
Beralih sokongan keparti lain selain Umno
Kenapa nak bekerjasama dengan Umno
Pemimpin atasan Pas mabuk kuasa ke?
Tak sabar nak jadi menteri kot
Alahai orang melayu Pas
Kutuk kutuk Umno pun masih nak bekerjasama
pelik betuii laa ............