Tuesday, 13 April 2010

ULANG TAHUN

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan pada 16hb ni
(ulang tahun yang keberapa?)
dan selamat menyambut hari jadi pada 30hb nanti
didoakan semuga panjang umor, berkesempatan untuk tunaikan haji
dan dimurahkan lagi rezeki dari Allah agar terus menjadi rujukan
untuk adik adik mengadu serta bersilaturahim sebagai penganti ibu bapa yang telah pergi.
Semuga Allah izinkan kita berkumpul adik beradik di Kuantan pada 19 & 20 hb Jun nanti
dan jangan lupa bawa semua anak anak serta cucu biar semua saudara mara sebelah Pahang kenal saudara mara mereka.

Friday, 26 February 2010

Upin & Ipin


Bangga juga rasa hati bila tengok TV Indonesia (TPI) setiap hari menyiarkan kartun Upin Ipin sehinggakan ada costum seakan akan maskot Upin Ipin yang dipakai untuk rancangan kanak kanak setiap hari di TPI.
Untungnya orang Sabah Serawak boleh tengok berbagai chanel tv Indonesia yang kebanyakkannya lebih berkualiti dan menghiburkan jika di bandingkan dengan kebanyakkan siaran tv di Malaysia.
Melalui parabola tanpa bayaran bulanan mereka bebas memilih pelbagai chanel tv tapi jika dibandingkan dengan Astro yang setiap bulan nak kena bayar tepat pada masanya, lambat sikit bayar kena potong.

Hj Hadi bakal PM???

Ada segelintir ahli dan pemimpin Pas menyokong untuk bergabung dengan Umno kerana mereka percaya BN akan menyerahkan jawatan Timbalan PM kepada Hj Hadi.
Hj Hadi dikatakan merajuk sekiranya PR memerintah jawatan Timbalan PM mungkin akan diberikan kepada DAP.
Hairan sungguh dengan orang tua ni, sewaktu mereka berkuasa di negeri Terengganu dulu pun tak kekal lama bermakna rakyat negeri Terengganu pun tahu menilai dan menolak kekuasaan Hj Hadi inikan pulak berangan nak jadi Timbalan PM negara memerintah negara Malaysia.
Sungguh hairan dengan ahli PAS, orang Terengganu tak sokong Hj Hadi, tapi ahli Pas masih lantik dia jadi Presiden Pas. Lebih baik lantik Nik Aziz jadi Timbalan PM.

Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Maulidur Rasul saw
di doakan semuga para pemimpin negara ku
menghayati serta mengikut jejak pemerintahan Nabi Muhamamad saw ... amin
aku pulak hari ini masuk 45 tahun
kena banyak berubah laa bro ......

Sultan berjiwa rakyat

Tunku Idris dimasyhurkan Tunku Temenggong Johor
Feb 26, 10 11:17am

Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengisytiharkan anakanda ketiga baginda Tunku Idris sebagai Tunku Temenggong Johor. Baginda membuat perisytiharan itu semasa bertitah pada sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Baru, pagi tadi.

Semuga Tuanku dilihat benar benar berjiwa rakyat dan adil dalam pemerintahan Negeri Johor.
Kenangan bermain golf bersama Tuanku dulu sering dalam ingatan patik.

Najib dah taubat ke......

Teladani sifat terpuji Rasulullah: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasikan bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif. "Maka sudah tentu pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan," kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, hari ini. - sumber Berita Harian

betul ke Najib cakap macam tuu .............. boleh percaya ke
orang kata kepimpinan melalui tauladan.................
bertaubat laa