Saturday, 23 May 2009

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru kepada Adlin Aman Ramli serta pasangannya.
Semuga berbahagia kekal hingga ke anak cucu.

Jangan terlalu mengharap

Penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu mengharap.
Memang perkara mustahil di negara kita undang undang dapat bergerak secara telus terutama Mahkamah, Polis, SPRM dan jabatan kerajaan yang lain selagi negara kita di perintah oleh BN/Umno.
Semuanya dari peringkat Istana hingga peringkat pegawai pegawai kerajaan, periuk nasi jadi keutamaan dan undang undang terletak di bawah tangan BN/Umno serta perlu dipatuhi, kalau tidak soru miss beb .................
Perjuangan perlu diteruskan
Zaman telah berubah dan segala kemungkinan boleh berlaku.
Terus berusaha dan kepada Allah kita berserah.

Aksi di pantai

Orang pompuan ni semua kalau tengok lain macam sikit terbeliak biji mata.


Tak semestinya apa yang anda lihat seperti yang di bayangkan he he he












Friday, 22 May 2009

Pilihanraya lagi


KOTA BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada kira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Pilihanraya lagi..........
Kerajaan patut menghadkan umur wakil rakyat
Yang dah tua tak payah laa lagi jadi wakil rakyat
Asyik sakit kemudian mati, buat pilihanraya
Menghabiskan duit rakyat aje, asyik buat pilihanraya

Monday, 11 May 2009

Tahniah Hakim Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, tahniah para hakim hakim yang bijaksana, jangan sampai lepas ni ada hakim yang kena berhentikan.
Orang Pakatan Rakyat jangan seronok sangat, nanti lain pulak kata hakim mahkamah rayuan.
Satu penangan buat Raja Perak manakala Najib dengan Zambry kata biar mahkamah yang tentukan, takkan nak duduk diam aje kot.
Kita tunggu apa adegan lagi di Perak selepas ini.
Dengar cerita bangunan SUK di Perak di kawal ketat oleh polis, kenapa jadi begitu Zambry dan exco Umno ketakutan ke? pergi laa cepat sorok sorok fail.

Lari bogel di Mersing

Rancangan TV Denmark buat program realiti 'naked race' kat salah satu pulau di Mersing.
Wow makin popular laa Mersing sebagai tempat pelancongan.
Mengapa kerajaan kita terlepas pandang perkara macam ni.

Kerajaan kita asyik sebuk cari kesalahan parti parti pembangkang hingga benda macam ni boleh berlaku di negara kita malu beb.

Tapi kalau mereka beritahu sudah tentu ramai orang Mersing atau mungkin dari Johor Bahru datang kot yee laa nak tengok orang Denmark lari bogel.

Kalau yang lari bogel kat Malaysia ni biasanya orang gila aje.

PR nak kena kencing ke?

Najib ajak Pakatan Rakyat berbincang berkenaan politik di Perak dengan syarat Pakatan Rakyat mesti ikut undang undang, selama ini siapa yang tak ikut dan membelakangkan undang undang? BN atau Pakatan Rakyat?. Pelik bunyinya .........

Bincang boleh bincang, jangan sampai kena kencing dengan Najib sudahlah dan Pakatan Rakyat patut berpegang pada kemahuan rakyat, biar rakyat tentukan, bubar dewan rakyat buat pilihanraya semula di Perak.


Friday, 8 May 2009

Bisikan Raja

Kadangkala kasihan memikirkan orang Pakatan Rakyat ini semua, baru saja Raja Nazrin berbisik dengan Nizar, mereka war warkan raja akan berkerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Jangan terlalu berharaplah, apa yang dapat dan akan raja tolong Pakatan Rakyat?
Kalau betul Raja raja ni semua sayangkan rakyatnya, mengapa dibiarkan kes sebegitu berlarutan, mereka semua itu sama saja manusia macam kita juga dan nak juga jaga periuk nasi mereka juga, bisikan itu semua hanya sekadar memberi harapan palsu sahaja.
Sesungguhnya sembah lah Allah yang maha berkuasa, sembah raja bukan ada kuasa apa pun.

Cuaca panas

Cuaca panas sejak hampir sebulan ini disertakan dengan angin yang bertiup kencang membuatkan beberapa kawasan di Miri terbakar dan yang terbaru hari ini Mulu Resort juga terbakar.
Wanita yang gemar pakai skirt tatkala angin kuat ni hati hati
nanti terbakar hati orang lelaki.
Kalau hati lelaki terbakar susah nak padam
bomba pun tak mampu nak memadamkannya

Siapa MB Perak?



Isnin nanti mahkamah akan menetukan siapa yang layak bergelar MB Perak.

Rasa berdebar debar menunggu keputusan?, tak payahlah nak berdebar debar kerana rasa rasanya rakyat sudah tahu bakal keputusan yang akan diumukan.

Sehebat manapun Nizar, PR tak dapat menandingi BN kerana segala galanya tertakluk pada tunjuk ajar pemimpin BN. Hakim ada berani kaaa ............

Apa nak jadi?


Alahai pak polisi nape lah sikit sikit mahu tangkap
Tahu lah polis makan gaji kena ikut perintah kerajaan
tapi takkan lah Mat Sabu ajak orang sembahyang hajat pun nak tangkap, kan dah kantoi dengan mahkamah.
Tak malu ke buat kerja macam tu .......
Banyak kes jenayah tak pergi siasat betul betul
hal yang remeh temeh diutamakan
Hak rakyat Malaysia sudah di nafikan
Demokrasi kah negara kita ini?

Kembalikan hak rakyat



Tergamak kah tuanku melihat Perak terus terusan porak peranda? Tak malu kah semua orang bercerita tentang negeri tuanku?

Sekiranya benar tuanku berjiwa rakyat, gunankan kuasa tuanku untuk kebaikan hamba rakyat negeri tuanku, kehidupan hamba rakyat lebih penting demi keharmonian negeri Perak.

Kalau tuanku pun asyik memikirkan periuk nasi tuanku, tiada lagi tempat hamba rakyat nak mengadu kerana semua jentera kerajaan milik BN.

Berbuat lah sesuatu demi kebahagian rakyat tuanku.

Thursday, 7 May 2009

Dewan Perak kecoh

Mengapa lah kecoh kecoh kat dalam Dewan.
Rakyat memilih ADUN ADUN ni semua untuk membela nasib rakyat tetapi nampaknya penyakit 'gila kuasa' membuatkan kepentingan diri menjadi keutamaan.
Tuan Speaker selaku Ketua Dewan pun tidak dihormati
Masing masing mendakwa lebih berkuasa
Ini lah akibatnya jika pemerintahan atasan berat sebelah
Rakyat menjadi mangsa.
Akan terhapuskah keadilan di negara kita?

Saturday, 2 May 2009

Flip handphone bahaya kepada kanak kanak

Ibu bapa yang menggunakan flip handphone di nasehatkan meletakkan handphone ditempat yang selamat serta jauhkan dari kanak kanak yang maseh kecil kerana ditakuti merbahayakan keselamatan anak anak mereka.

Kes terhadap flip handphone ini telah pernah berlaku serta amat mencemaskan kedua ibu bapa kanak kanak tersebut, oleh itu ibu bapa dinasehatkan berhati hati meletakkan flip handphone dirumah tatkala tidak menggunakannya.


Tomok juara OIAM


Tahniah buat Tomok kerana menjadi artis pertama yang menjuarai OIAM ke 3 setelah percubaan segelintir artis yang gagal ke final OIAM sebelum ini.
Bagaimana pula dengan AF7?
Perjalanan pencarian juara AF7 masih berbaki 3 minggu lagi dan bahang transformasinya juga semakin terasa.
Adakah Isma (kakak Tomok) akan mengiringgi tuah adiknya serta bakal menjuarai AF7?